Pakar Papan Lantai · Kedah · Perlis · Penang

Rumah yang selesa bermula
dari lantai.

Lebih 20 tahun kami membina lantai untuk keluarga di Kedah, Perlis & Penang — parquet, SPC, carpet tile hingga PVC ceiling. Material bebas formaldehid, berkualiti bertauliah, jaminan bertulis.

FloorScore Certified Bebas Formaldehid Mesra Haiwan Selamat Keluarga

Pemilik dewan, pejabat atau kontraktor? Lihat perkhidmatan B2B →

100%direkomen di Facebook
23ulasan pelanggan
2.2KFB pengikut
20+tahun pengalaman
Kediaman dengan lantai kayu yang selesa
100%direkomen di Facebook
NorthWood Workspace ServicesProjectsReal spacesCataloguesB2B Get a quote →
100%recommend · Facebook
20+tahun pengalaman dalam lantai
RM 0kos tersembunyi — harga muktamad
3Kedah · Perlis · Penang

Perkhidmatan

Apa yang kami buat

Semua kerja dilakukan oleh pasukan sendiri — bukan subkontraktor — dengan material berkualiti dan jaminan bertulis.

sebut harga

SPC & Vinyl Click

Papan lantai kalis air (teras SPC) — sesuai untuk kebanyakan ruang dalaman termasuk dapur. Boleh pasang terus atas tiles lama.

  • Teras kalis air ✓
  • Siap 1–2 hari ✓
  • Pasang atas tiles ✓
sebut harga

Laminate Flooring

Corak kayu realistik dengan harga berbaloi — pilihan popular untuk bilik dan ruang tamu (kawasan kering).

  • Corak kayu realistik ✓
  • Harga berbaloi ✓
  • Sesuai ruang kering ✓
  • Tahan air, bukan kalis air ✓
sebut harga

Carpet Tile Komersial

Untuk pejabat, sekolah dan ruang komersial — kurang bunyi tapak kaki, selesa untuk bekerja lama, mudah dijaga.

  • Termasuk Amazon Carpet Tile ✓
  • Banyak warna & pattern ✓
  • Harga borong ✓

Brand yang kami bawa — ROBINA · ERAFLOR · AMAZON CARPET TILES · NORTHWOOD PVC PANEL

✦
Waterblok HerringboneLaminate herringbone premium. Waterblok kalis air sehingga 200 jam menurut ujian pengilang (bukan tempoh waranti).
↺
Parquet Sanding & VarnishParquet calar/kusam? Polish & re-varnish — nampak macam baru, jimat kos.
▤
PVC Ceiling Panel7 pilihan warna NW301–NW307: Mahogany, Dark Walnut, Maple, Ash White, Grey, Pure White.
⌃
Tangga & Gelanggang SukanAnak tangga dengan nosing Morser — kemas & selamat.
⚒
Hack Tiles & Self-LevelingPermukaan dilaras rata dengan kompaun ARDEX CL 11 sebelum pemasangan.
▭
Skirting & Profiles MorserSkirting, transition, end & adaptation — 10 warna hiasan padan dengan lantai anda.

Koleksi

Warna & corak pilihan

Lebih 30 pilihan design daripada koleksi sendiri — semuanya ready stock. Datang showroom untuk raba tekstur sebenar.

SPC Stone 5.0mm4 warna

E511 Lime Stone · E512 Slate · E513 Chromite · E514 Concrete

SPC Herringbone 5.0mm5 warna

EU881 White Oak · EU882 Ash Wood · EU883 Snow White · EU884 Cream Oak · EU885 Smoke Grey

SPC Chevron 4.0mm2 warna

CV3001 Urban Oak · CV3002 Golden Teak

LVT Click 5.0mm9 warna

GS5001 – GS5009 · Oak, Hickory & Teak tones

Vinyl Click 3.6mm7 warna

NFVC361 – NFVC367 · Mesra haiwan & kedap bunyi

PVC Ceiling Panel5 warna

NW301 Mahogany · NW302 Dark Walnut · NW303 Maple · NW304 Teak · NW305 White

Kelebihan material

Selamat untuk keluarga anda

Setiap lantai yang kami pasang bebas formaldehid dan bertauliah FloorScore untuk kualiti udara dalaman — lembut untuk bayi, kanak-kanak & haiwan kesayangan.

Teras SPC kalis airTidak kembang atau melengkung bila basah. Kalis air bukan kalis banjir.
Bebas FormaldehidUdara dalaman selamat untuk keluarga
Bertauliah FloorScoreStandard kualiti udara SCS Global
Anti-Slip R9Lebih selamat untuk kanak-kanak & warga emas
Serap BunyiRumah lebih tenang
Mesra HaiwanPermukaan tahan calar & kotoran
Anti Anai-AnaiTiada lagi risiko serangga
Kalis ApiTahan api & kesan bakaran rokok

Harga

Setiap rumah berbeza — sebut harga anda juga

Keadaan lantai, keluasan, material & design mempengaruhi harga. Dapatkan pengukuran tapak percuma & sebut harga bertulis — satu harga, tiada kos tersembunyi, tiada obligasi.

  • Pengukuran tapak percuma dalam 48 jam
  • Sebut harga bertulis — harga muktamad
  • Semua termasuk: material, skirting, profile & upah
  • Tiada obligasi — harga yang diluluskan adalah harga yang dibayar
Projek resort
Projek terkini · Glamping Resort, Yan

Cara kami bekerja

Empat langkah. Tiada pening.

01

Pemeriksaan tapak

Kami datang, ukur dan semak keadaan lantai anda — percuma, tanpa sebarang obligasi.

02

Sebut harga muktamad

Satu harga bertulis yang termasuk semuanya. Harga yang anda luluskan adalah harga yang anda bayar.

03

Pemasangan

Pasukan sendiri, kerja kemas, siap mengikut jadual — rumah atau dewan sekalipun.

04

Siap & jaminan

Pemeriksaan bersama selepas siap, dengan jaminan kerja bertulis dan khidmat selepas jualan.

Ulasan

Apa kata pelanggan

100%

mengesyorkan NorthWood di Facebook — 23 ulasan sebenar

  • Kerja kemas & siap cepat
  • Harga berkadar, berbaloi
  • Pekerja profesional & mesra
  • Balas WhatsApp cepat

Nama pelanggan dilindungi demi privasi. Ulasan asli boleh disemak di laman Facebook kami.

★★★★★

"Fabulous wood quality and admirable workmanship, reasonably priced... my house looks cozy and elegant now just like a 5-star hotel 👌👍"

Sivapereg*** R.Ulasan Facebook · 2022
★★★★★

"Customer service memang A plus. Kualiti barang dan servis yang memuaskan hati. Recommended."

Ward*** F.Ulasan Facebook · 2021
★★★★★

"Pemasangan tangga HDF yang memuaskan... cantik, kemas dan pantas 👏"

Zul H****Ulasan Facebook · 2022
★★★★★

"Nice work good service 👍👍👍💯💯💯"

翁建*Ulasan Facebook · 2021

NorthWood Pro · B2B

Dewan, pejabat & kontraktor

Harga borong, pasukan berpengalaman untuk projek gelanggang sukan, ruang komersial dan projek pembangunan di seluruh Kedah, Perlis & Penang.

Sebut harga projek →
  • Gelanggang badminton & dewan sukan
  • Sekolah & institusi (carpet tile dewan)
  • MOQ fleksibel untuk kontraktor
  • Pasukan sendiri, bukan subkontraktor

Panduan air

Kalis air atau tahan air: apa bezanya?

Kalis air, tahan air dan tahan lembapan bukan perkara yang sama. Pilih lantai yang sesuai dengan kawasan.

Kalis air

SPC

Teras SPC tidak kembang atau mereput bila terkena air. Pilihan terbaik untuk dapur dan kawasan lembap.

Kalis air bukan kalis banjir.
Kalis air sehingga 200 jam

Laminate Waterblok

Diuji oleh pengilang: kalis air sehingga 200 jam.

Keputusan ujian, bukan tempoh waranti.
Tahan air (water-resistant)

Laminate (cth. Robina)

Tahan tumpahan harian jika dilap segera. Bukan kalis air.

Elakkan bilik air dan air bertakung.

Baca Terma & Penafian penuh →

Soalan lazim

Jawapan pantas

Bagaimana nak dapat sebut harga?

WhatsApp kami di +60 16-412 8700. Kami akan atur pengukuran tapak percuma dan beri sebut harga bertulis ikut keadaan lantai, keluasan, material & design.

Adakah NorthWood beri pengukuran tapak percuma?

Ya. Pengukuran tapak dan sebut harga bertulis adalah percuma di Kedah, Perlis & Penang.

Adakah lantai SPC kalis air?

Ya. Lantai SPC mempunyai teras kalis air yang tidak kembang atau melengkung bila basah, dan boleh dipasang terus atas tiles lama. Kalis air tidak bermakna kalis banjir: air bertakung, lembapan dari lantai di bawah dan pemasangan yang buruk masih boleh menyebabkan kerosakan. Sila lihat Terma & Penafian.

Adakah laminate kalis air?

Tidak. Laminate biasa seperti Robina hanya tahan air (water-resistant): ia boleh menahan tumpahan harian jika dilap segera, tetapi bukan kalis air dan tidak sesuai untuk bilik air atau kawasan yang kerap basah. Laminate Waterblok kalis air sehingga 200 jam menurut ujian pengilang; angka itu keputusan ujian, bukan tempoh waranti.

Lantai mana sesuai untuk kawasan basah?

Kami cadangkan lantai SPC untuk dapur dan kawasan lembap kerana terasnya kalis air. Kami akan menasihati anda tentang keadaan lantai dan permukaan di bawah semasa pengukuran percuma.

Kawasan mana yang NorthWood layan?

Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, dari showroom kami di Bandar Stargate, Alor Setar.

Product library

Katalog produk

Terokai koleksi lantai dan panel NorthWood. Muat turun katalog untuk melihat pilihan corak dan spesifikasi.

Lawat kami

Mai showroom baharu kami, pilih design sendiri

Lihat sample sebenar Robina, Eraflor, SPC, carpet tile dan PVC ceiling di showroom baharu kami di Bandar Stargate. Ready stock — pilih hari ini, pasang lebih cepat. Buka setiap hari, datang je atau WhatsApp untuk temujanji.

✓ Showroom baharu ✓ Ready stock ✓ Free site measurement

“Rumah yang cantik bermula dari lantai — dan lantai yang baik bermula dari NorthWood.”

📍
Showroom
No.304 (Tingkat Bawah), Jalan BSG 11, Bandar Stargate,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar, Kedah

🧭 Buka di Google Maps →
Telefon / WhatsApp
+60 16-412 8700
Email
binbinang71@gmail.com
Laman web
northwoodalice.my
Waktu operasi
Setiap hari · Always open (dengan temujanji)